CHECK THIS OUT

Tuesday, March 27

takda coverage??

mulakan hari baru dgn semangat baru untuk meneruskan Latihan Industri yg tersisa dan terbaki, bangun lewat sket pagi ni, agak kelam kabut, smpaikan lupa nak amek shake Herbalife utk breakfast, huhu. Sorry coach :) Aku ni susah sket nk disiplin kan diri, haru biru la diet aku, bila tanya nak kurus tak, nak je.. tapi tak bersungguh2..huhu. InsyaAllah, next order aku buat sungguh2. InsyaAllah.

Berbalik balik pasal takda coverage nih, adehhh..kesian mak aku risau kan aku sebab aku tak angkat call, padahal aku tak terima apa2 call pun. Macam mana aku realize yg tempat tu takda coverage, aku keluar nak gi tandas jap, then tiba2 fon aku berbunyi, 10 SMS masuk serentak,hoho. Semua duk calling2 aku, diorang kata aku tak angkat fon..padahal fon aku x bunyi apa2 pun..apa la nasib aku hari ni..

erkkk??!!

tiba2 dah hilang mood nak bercerita, lost idea. Sorry, bye guys.



Alhamdulillah, Berjaya!

Assalamualaikum semua, Alhamdulillah, Allah pemudahkan segala urusan saya hari ni. Pertukaran tempat Latihan Industri saya berjalan dengan lancar dengar sokongan Penasihat Akademik dan juga Pengerusi Latihan Industri. Lepasni boleh la saya mulakan projek dengan rakan seperjuangan dan mudah2an perjalanan Latihan Industri berjalan dengan lancar dan berakhir dgn jayanya. InsyaAllah :)

Tak sangka..menitis juga air mata saya hari ni setelah cuba untuk taknak menangis,huhu. Actually saya memang seorang yg mudah menitiskan air mata, apatah lagi dlm keadaan sekarang saya sedikit tension dan amat merindui arwah abah dan juga ibu di kampung. Betul la kata orang, kita akan mula rasa kehilangan bila orang tu dah takda depan mata kita....bila dah takda baru kita mula menghargai. Bukan lah saya kata saya tidak menghargai sebelum ni, cuma bila dah takda dengan kita, perasaan rindu dan kehilangan tu amat terasa. 

Ibu seperti hilang semangat untuk meneruskan rutin harian seperti biasa, ibu dah jarang memasak. Ibu kata ibu dah tidak se 'excited' dulu untuk memasak bila abah dah takda, selalu beli kat kedai je. Saya dan adik perempuan saya pula jauh dari ibu..kesian ibu... Ibu kena kuat ye, dah tak lama dah, insyaAllah lepas akak dan adik dah tamat pengajian di sini, akak akan balik kampung menemani ibu, insyaAllah..

Personally, Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, saya lebih tenang sekarang. Saya cuba untuk tidak menyiksa diri sendiri dengan masalah & beban yang ada di bahu. Saya selalu mengingatkan diri sendiri bahawa hanya ALLAH yang menguruskan segalanya, semuanya dah tertulis di Luh Mahfuz. Hanya ALLAH penyelesai sekecil2 masalah dan juga sebesar2 masalah. Jangan pernah meragui kebesaran Alllah SWT. 

sumber: facebook

Di sebalik kekuatan dalaman yang saya miliki saya, ada sokongan seorang hamba Allah yang tidak pernah jemu membantu dan memberi motivasi pada saya sehingga kini. Dia banyak berkongsi dengan saya ilmu agama dan mengajar saya erti kesabaran dan kepercayaan dalam menjalani hidup ini. Ya Allah, semoga Kau murahkan rezeki insan ini kerana membantu anak yatim ni dan Engkau jauhi lah insan ini dari sebarang mara bahaya dan musibah, hanya Engkau Maha Mengetahui segala yg di belakang & akan datang, Amin.


Tadi ada singgah butik, beli tudung bawal Aidijuma, cantik,hehehe. Takda gambar nak upload :P